Dimaklumkan bahawa terdapat 2 fungsi Permohonan Cuti Tanpa Rekod telah ditambah baik dari segi kawalan permohonan berdasarkan kelayakan pemohon dan boleh dimohon melalui HRMIS 2.0 dan HRMIS Klasik.

i. Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Tahun Baru Siam (Songkran) berdasarkan Surat Edaran (SE29042019): Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Tahun Baru Siam (Songkran) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berketurunan Siam; dan

ii. Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Good Friday berdasarkan Surat Edaran (SE17042019): Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Good Friday Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menganut Agama Kristian

Kedua-dua Cuti Tanpa Rekod ini boleh mula dimohon bermula tahun 2021.