Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

1. Sebagaimana YBhg. Dato’ Dr./ Datuk/ Datuk Dr./ Dato’/ Datin Paduka/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan sedia maklum, Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai telah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR.5.3.4.

2. Bagi menambah baik peraturan sedia ada dan memberi perhatian kepada kebajikan pegawai perkhidmatan awam, Kerajaan telah bersetuju supaya Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai dipanjangkan kepada:

i. pegawai berketurunan etnik yang menyambut Pesta Kaamatan atau Hari Gawai yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia;

ii. pegawai yang berketurunan etnik yang menyambut Hari Gawai dan berkhidmat di Sabah/ Wilayah Persekutuan Labuan; dan

iii. pegawai yang berketurunan etnik yang menyambut Pesta Kaamatan dan berkhidmat di Sarawak.


3. Penambahbaikan peraturan ini dilaksanakan melalui MyPPSM Ceraian SR.5.3.4 (Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai) berkuat kuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan.

4. Bersama-sama dengan ini dikemukakan pautan https://www.jpa.gov.my/surat-edaran/tahun-2023/3031-surat-edaran-penambahbaikan-kemudahan-cuti-tanpa-rekod-sempena-pesta-kaamatan-dan-hari-gawai bagi:

a) Surat Edaran JPA.(S)800-1/1/7 JLD.3(16) bertarikh 22 Mei 2023: Penambahbaikan Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai

b) MyPPSM Ceraian SR.5.3.4: Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan Dan Hari Gawai; dan

c) Soalan Lazim Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan Dan Hari Gawai.

5. Sehubungan dengan itu adalah menjadi tanggungjawab Pentadbir Cuti untuk membuat semakan dan memberi kelayakan kepada pegawai yang berkelayakan seperti yang telah ditetapkan berdasarkan Surat Edaran JPA.(S)800-1/1/7 JLD.3(16) bertarikh 22 Mei 2023: Penambahbaikan Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Pentadbir juga boleh merujuk jadual di bawah:

Bil.Pesta KaamatanHari Gawai
1.Pegawai seperti berikut boleh dibenarkan mengambil Cuti Tanpa Rekod satu (1)
hari untuk menyambut Pesta Kaamatan pada 30 Mei atau 31 Mei setiap tahun:

Pegawai seperti berikut boleh dibenarkan mengambil Cuti Tanpa Rekod satu (1)
hari untuk menyambut Hari Gawai pada 1 Jun atau 2 Jun setiap tahun:

2.i. pegawai kelahiran Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia; atau

ii. pegawai berketurunan etnik yang menyambut Pesta Kaamatan dan
berkhidmat di Semenanjung Malaysia; atau

iii. pegawai berketurunan etnik yang menyambut Pesta Kaamatan dan
berkhidmat di Sarawak

i. pegawai kelahiran Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia; atau

ii. pegawai berketurunan etnik yang menyambut Hari Gawai dan berkhidmat di Semenanjung Malaysia; atau

iii. pegawai berketurunan etnik yang menyambut Hari Gawai dan berkhidmat di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan

6. Senarai etnik yang terlibat seperti di jadual berikut:

Bil.Pesta Kaamatan (Etnik 1)Hari Gawai (Etnik 1)
1.Kadazandusun/ Dusun/ Kadazan
Dayak
2.Orang Sungai
3. Murut
4.Idahan/ Ida’an
5.Momogun Rungus
6.Lundayeh
7.Bisaya
8.Dusun Subpan

Nota : Pembuktian boleh berdasarkan maklumat profil pegawai di HRMIS, Sijil Kelahiran atau dokumen berkaitan.

7. Menjana/Selenggara Kelayakan Cuti sebelum permohonan cuti boleh dilaksanakan:

a) Login sebagai Pentadbir Cuti kemudian Klik Menu Selenggara Kelayakan Cuti

b) Masukkan NOKP CO berkenaan. Klik Teruskan kemudian klik radio button.

c) Klik butang Tambah 

d) Pilih Kategori Cuti iaitu Cuti Tidak Berekod. Kemudian pilih Jenis Cuti iaitu Pesta Kaamatan/Hari Gawai (Cuti yang Berkelayakan). Masukkan Bilangan Hari Kelayakan Cuti kepada 1 hari dan klik Simpan.

8. Sekiranya terdapat pertanyaan mohon hubungi Puan Naqiah Firdaus Binti Saari dari Bahagian Gaji dan Elaun (BGE) di No. Tel: 03-8885 5689.