CO boleh kemaskini kesilapan 11 item JPN tersebut di menu Kemaskini Rekod Peribadi > Data Peribadi (sekiranya ruangan tersebut masih boleh dikemaskini). Sekiranya CO boleh kemaskini maklumat tersebut, bermaksud data CO masih belum disahkan oleh JPN. Sekiranya ruangan untuk 11 item tersebut tidak boleh dikemaskini (data telah disahkan oleh JPN), CO perlu kemukakan salinan No.KP melalui Meja Bantuan JPA untuk semakan lanjut Pemilik Modul / semakan semula JPN.